Thursday, 9 February 2023

INTERMITTENT FASTING DIET (IF)

Diet Intermittent Fasting (IF) Untuk Kurus Dan Sihat?

Anda pernah dengar diet Intermittent Fasting (IF)? IF ni adalah salah satu diet yang terkenal di Malaysia selain Diet Kalori, Diet Atkins, Diet Keto dan Diet Suku-suku Separuh. Diet Intermittent fasting ni dapat membantu untuk turunkan berat badan dan Kini rakyat Malaysia telah mendapat kesedaran untuk menjaga kesihatan selepas melihat statistik obesiti di negara kita kian membimbangkan.







Apa Itu Intermittent Fasting (IF)?

Anda semua pasti ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa. Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan, cara diet intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila anda makan.

Diet IF anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan ini dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat

Setiap individu boleh memilih diet yang bersesuaian mengikut kondisi badan. Pemilihan diet yang betul adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan kita rasa stress bila tak mampu ikut kaedah diet yang ditetapkan.





7 Kaedah Diet Intermittent Fasting (IF) 

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh anda amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda untuk melakukannya. Anda digalakkan menggunakan kaedah yang mudah dahulu untuk melihat kemampuan badan.

1. Overnight Fasting 

                                                                                                                                            Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan. Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehariKaedah ini paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

2. Time-restricted Fasting 


Time - Restricted Fasting atau puasa pada waktu tertentu, memerlukan anda berpuasa sekitar 14-16 jam sehari. Sebagai contoh anda mula berpuasa pada pukul 5 petang dan berbuka pada pukul 7 pagi (total 14 jam). Ataupun Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 5 pagi dan berbuka pada pukul 7 malam (total 14 jam). Menariknya ini merupakan tempoh waktu berpuasa yang kebiasaannya dialami oleh masyarakat Islam pada bulan Ramadhan. Jadi, lebih mudah untuk dipraktikkan.

3. Whole Day Fasting

Ini bermaksud anda berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya. Namun tergantung kemampuan masing-masing, apakah anda mampu melaksanakannya setiap hari atau 1 kali dalam seminggu. Puasa seharian ini juga dikenali sebagai One Meal A Day Diet (diet OMAD), Warrior Diet, Eat Stop Eat Approach dan lain-lain.

4. Alternate Day Fasting


Alternate Day Fasting atau puasa selang sehari, adalah seperti namanya. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa, Khamis dan seterusnya. Pada hari yang ditetapkan berpuasa, anda hanya boleh makan dan minum dengan jumlah maksima 500-600 kalori sahaja. 


5. 5:2 Fasting


5
:2 Fasting atau puasa dengan ratio 5:2. Jika mengikut kaedah ini, anda hanya akan berpuasa berpuasa 2 hari sahaja dalam 1 minggu. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Sama seperti kaedah puasa hari berselang-seli, anda hanya boleh makan dan minum sebanyak 500-600 kalori pada hari anda berpuasa.    

6. Skipping Meal Fasting

Skipping Meals Fasting atau puasa melangkau waktu makan. Bagi teknik ini anda perlu meninggalkan beberapa waktu makan. Sebagai contoh anda tidak mengambil sarapan, namun memilih untuk makan tengah hari, kemudian tidak mengambil makan malam. Kaedah ini hanya berhasil sekiranya makanan tengah hari anda tidak melebihi kuantiti kebiasaan atau dalam kata lain elakkan binge eating.    

7. Choose -Your -Day Fasting

Dikategorikan sebagai kaedah yang paling ringan, jika anda mengamalkan Choose-Your-Day Fasting atau puasa hari pilihan sendiri, anda bebas memilih untuk berpuasa pada hari yang anda mahu. Tidak ada syarat yang khusus, anda hanya digalakkan untuk berpuasa mengikut garis panduan umum. Jumlah hari dan waktu adalah fleksibel mengikut kemampuan anda.


Manfaat Intermittent Fasting 

 

Intermittent fasting yang dilakukan dengan tepat akan memberikan beberapa manfaat bukan hanya sekadar turun berat badan je tapi pada kesihatan tubuh badan juga. Antara manfaatnya ialah :


 


Menurunkan Berat badan

Manfaat utama yang anda akan dapat dari intermittent fasting adalah mampu membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak berlebihan pada tubuh. Hal ini kerana puasa yang dilakukan intermittent fasting akan membuatkan tubuh mendapatkan kalori lebih sedikit dari biasanya. Hasilnya, tubuh akan membakar lemak menjadi tenaga sehingga berat badan pun akan menurun.

 

Menurunkan Risiko Penyakit Diabetes 

Manfaat lain dari intermittent fasting adalah dapat menurunkan risiko penyakit diabetes. Berpuasa akan membantu hormon insulin menjadi lebih sensitif terhadap kadar gula dalam darah untuk diolah menjadi tenaga. Dengan itu, kadar gula dalam darah dapat dikawal.


Menjaga Kesihatan Jantung

 

Intermittent fasting juga dapat membantu anda untuk menjaga kesihatan jantung. Berpuasa dalam waktu tertentu (selama melakukan intermittent fasting) mampu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berkumpul dalam saluran darah. Hal ini membuat jantung dapat mengepam darah secara optimal dan kesihatan tubuh pun akan terjaga.

 


Jom kita semua berubah kearah kesihatan yang baik. Mencegah lebih baik dari merawat. Amalkan gaya hidup sihat, selain menjaga pemakanan bersukan juga penting untuk tingkatkan kesihatan. Nikmat kesihatan itu besar nilainya. 





Nadeea Sairen,
Sihat Itu Nikmat.

No comments:

Post a Comment