Wednesday, 8 March 2023

REVIEW PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

 Alhamdulillah, pada bulan Februari yang lalu, saya telah menyertai satu program menulis blog iaitu Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang dianjurkan oleh upline saya, Master Coordinator Norita Idris dan moderator program Master Coordinator Salwa Zeyn.

Master-master hebat saya telah bertungkus lumus menguruskan peserta, memberi idea serta menjawab persoalan semua peserta. Master Norita telah menyumbang hadiah-hadiah menarik bernilai hampir ratusan ribu ringgit secara peribadi. Moderator Master Salwa begitu komited berkongsi ilmu untuk kami terus berjaya untuk menghasilkan blog sehingga blog kami tersenarai dalam 1st page google. Saya sangat terharu dengan effort daripada beliau yang menginginkan kami aktif menulis di blog dan memberikan manfaat serta kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang lagi di luar sana.

Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Program ini blog mega ini bertujuan untuk memupuk semangat ahli setiap team untuk berkongsi cerita dan sebarkan manfaat tentang sesuatu perkara  di blog. Selain itu projek blog ini dapat memupuk sikap tanggungjawab antara satu sama lain untuk saling bekerjasama. Saya sangat bersyukur dapat menyertai program ini kerana secara tidak langsung dapat memberi galakkan kepada saya untuk terus menulis dan dalam masa yang sama dapat mengaktifkan blog saya yang sendu. 

Dan yang paling menarik dalam program ini, hadiah utama adalah Vivix Shaklee. Salah satu premium item di Shaklee. Hadiah kedua pula Collagen Plus Powder Shaklee dan hadiah ketiga pula adalah Nutriferon Shaklee.

Istimewanya setiap peserta program akan menerima hadiah tidak kira menang atau pun kalah. Hadiah akan diberikan berdasarkan kategori. Bertuahnya dapat upline yang sangat pemurah.


Menang Hadiah Exclusive Special Prize

Alhamdulillah, syukur sangat saya dapat menang hadiah exclusive prize. Saya sebenarnya tak sangka boleh dapat hadiah dalam projek Blog Mega Shaklee. Bila dah dapat hadiah ni, semangat untuk menulis terus membara. Upline Master sentiasa beri penghargaan pada ahli-ahli yang sentiasa memberikan komitmen dalam projek blog mega ni.


Task Projek Blog Mega Shaklee 1.0 

Pada projek blog mega shaklee 1.0 kami telah diberi tugasan untuk menulis tentang Intermittent Fasting (IF) dan cara untuk kurus dan sihat  dengan Set Kurus Shaklee yang popular iaitu Set Hello New You. Gabungan IF dan set Hello New You ini memang sangat membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih berkesan. Jangan tak percaya ramai yang telah berjaya kurus dengan gabungan IF dan Set Hello New You ni. 


Ini adalah salah satu contoh Master yang mengamalkan IF dan menggunakan Set Hello New You Shaklee. Sihat dapat, kurus pun dapat, Alhamdulillah.

Testimoni Set Hello New You


Semangat Baru

Alhamdulillah, dengan projek Blog Mega Shaklee 1.0 seolah-olah beri nafas baru kepada saya untuk menulis dengan lebih baik di blog. Mana taknya dalam projek Blog Mega Shaklee ni, semua peserta dapat belajar tentang cara menulis dengan teknik yang mahal tanpa bayaran sedikit pun oleh Master Salwa. Jika saya mengambil kelas berbayar di luar, kelas ini mencecah ratusan atau ribuan ringgit tetapi saya mendapatnya secara percuma. Beruntung sungguh saya dapat berada dalam keluarga Shaklee kami ini. Sebab itulah saya sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula. 


9 Sebab Kenapa Komuniti Business Shaklee Sangat Best




Assalammualaikum, Alhamdulillah saya berada group circle shaklee yang best dan sangat supportive. Pada 19 Apri 2023 ni genap 10 tahun saya bersama Shaklee. Banyak cerita suka duka, jatuh bangun saya dalam business shaklee. Itu semua pengalaman yang sangat berharga untuk saya terus kuat bersama  shaklee. Walaupun dah 10 tahun saya masih tetap bersama dengan business shaklee. Bila bonding sesama ahli itu kuat pasti kita akan terus bertahan, selain produk yang powerfull yang banyak mengubah tahap kesihatan saya. 

9 sebab kenapa Community Bisnes Shaklee sangat best.

1. Ukhwah yang harmoni

Saya merupakan seorang yang Introvert. Tetapi bila saya duduk dalam komuniti yang sama dalam shaklee saya dapat berkenalan dengan ahli-ahli shaklee yang lain. Contohnya ketika saya join Projek Blog Mega Shaklee 1.0, saya dapat berkenalan dengan sideline dari team lain. Ukhwah yang terjalin sangat ikhlas tanpa mengira latar belakang. 

2. Mewah dengan Kelas Ilmu

Apa yang paling saya suka dalam community bisnes Shaklee ini, upline atau mentor telah menyediakan pelbagai kelas ilmu dari segi kelas marketing, sales, leadership dan kelas nutrisi. Kami tidak perlu mengharapkan kelas dari company semata. Kelas yang disediakan adalah percuma sahaja. Kita hanya perlu meluangkan masa untuk join semuan kelas yang disediakan. 


3. Saling Sokong antara satu sama lain

Walaupon kami datang dari berlainan team, tetapi kami tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dan kami jugak saling mendoakan kejayaan sesama team. Tambahan pula kami membuat bisnes yang sama, tetapi kami saling support each other kerana kami percaya kepada konsep rezeki. 


4. Positif Circle

Saya suka berada dalam circle shaklee yang sangat positif, saling memberi nasihat dan sering memberi kata-kata semangat dengan itu dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang sentiasa bersemangat dan terus maju kehadapan. 

5. Marketing Langit / Pengisian Rohani

Community bisnes Shakle semakin seronok apabila upline atau mentor sentiasa menitik beratkan tentang ilmu akhirat (back to basic). Di mana mereka selalu menekankan kesimbangan ilmu dunia dan akhirat. Upline juga sentiasa mengingatkan tentang muamalat dalam berniaga dan saling mengingatkan tentang keberkatan rezeki. Selain itu, team kami juga akan mengadakan bacaan Yasin setiap malam Jumaat untuk menguatkan lagi ukhwah kami dalm bisnes ini.

6. Networking dari Pakar Bertauliah

Kami bukan mencari ilmu semata-mata di Google. Tapi dari pakar bertauliah seperti Nutritionist, Doktor, Saintis dan Pharmacist. Misalnya upline kami, Master Coordinator Norita Idris telah bekerjasama dengan Dr Redza dan Dr Hafiz untuk mengadakan kelas tentang kepentingan supplement. Sebagai distributors, kami sangat perlukan ilmu ini supaya lebih yakin apabila berdepan dengan customer dan juga team.

7. Tiada Jurang antara Rank

Dalam bisnes Shaklee tidak ada perbezaan atau jurang di antara setiap rank. Misalnya jika Shaklee membuat event atau aktiviti di setiap branch, semua orang dijemput hadir tidak kiralah anda di rank distributors, Supervisor sampailah Master Coordinator. 

8. Travel bersama-sama

Mesti ramai yang tahu bahawa bisnes Shaklee menawarkan bonus travel Regional dan International. Dan pastinya bila kita terpilih travel bersama Shaklee secara tidak langsng kita dapat travel bersama upline, downline dan juga sideline. Semasa travel kita tidak memilih bulu. Kerana ketika inilah kita dapat mengenal dengan lebih rapat rakan-rakan dari team lain.

9. Improve skills.

MasyaAllah! Saya tak tahu nak bersyukur macam mana lagi. Sejak join community bisnes Shaklee, saya dapat improve skills dari segi percakapan, leadership, kreativiti dalam membuat poster, bahkan dengan bisnes ini jugaklah saya mula berkenalan dengan dunia blog.

Terlalu banyak sebenarnya yang saya dapat daripada community bisnes Shaklee ini. Dan saya sangat bertuah berada di sini. Bukan mudah nak dapat komuniti business yang best macam business Shaklee ni. 

Friday, 10 February 2023

PROMOSI SHAKLEE FEBRUARI 2023

 PROMOSI BELI 2 TONG ESP RM150



Berita gembira untuk penggemar Esp semua. Bulan ni promosi Esp 2 tong RM150 masih diteruskan. Bukan biasa-biasa tau Shaklee nak bagi harga super jimat ni. Biasa Esp ni setong RM173.75 tapi bulan ni Shaklee hanya bagi harga RM150 untuk 2 tong. Best ke best? Jadi apa lagi meh la cepat grab.


Dengan pembelian set Esp promosi 2 tong RM150 anda akan dapat 

  • Free keahlian percuma yang bernilai RM35
  • Free pos yang bernilai RM10
  • Dapat beli Alfalfa dengan harga RM25 sebotol. Normal price sebotol Alfalfa ni RM63.75. Jimat RM38.75

Ada yang best lagi Shaklee nak bagi ni tau. Untuk ahli baru yang mendaftar anda boleh beli Set Esp Promosi maksimum 3 set tau  dalam bulan yang sama. Esp ni boleh dijadikan menu bersahur semasa berpuasa sebab Esp ni bantu tambah tenaga, bantu turunkan berat badan dan mengenyangkan. 


13 Khasiat ESP Shaklee

    1. Memberi tenaga berterusan dan rasa kenyang yang lebih lama.
      Tubuh tidak mudah berasa letih dan mengantuk malah lebih bertenaga. Sangat sesuai untuk yang bekerja, pelajar, warga emas, ibu hamil, ibu berpantang dan suri rumah juga kerana ia memberi tenga yang berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
    2. Membantu dalam penurunan berat badan yang berlebihan.
      ESP sangat bagus bagi yang mahu menurunkan berat badan kerana kandungan glisemik indeks nya yg rendah iaitu 39, ia bantu mengawal selera dan nafsu makan kerana memberi rasa kenyang lebih lama. Boleh ambil sebagai sarapan atau makan tgh hari atau makan malam. Sehari hanya 2-3 scoop ESP dicadangkan.
    3. Membantu menaikkan badan juga.
      ESP dapat juga membantu menaikkan berat badan bagi yang ada masalah kurang BMI atau berat badan berlebihan. Bagaimana? Dengan cara makan seperti biasa dan kemudiannya ambil ESP selepas makan jadi badan akan mudah bertambah berat.
    4. Mencantikkan kulit, memudarkan parut jerawat dan jeragat, mencerahkan kulit wajah.
      ESP bantu memberi kesihatan kulit lebih baik secara menyeluruh jika diambil secara konsisten dan berterusan. Dicadangkan untuk mengambil bersama Vitamin C Shaklee untuk kesan yang lebih optimum.
    5. Mencantikkan kuku dan menyihatkan rambut. 
      Kuku tidak mudah patah dan mengurangkan masalah keguguran rambut dan bantu kuatkan akar rambut supaya rambut jadi lebih sihat.
    6. Merendahkan dan menstabilkan paras glukosa dalam darah.
      Sangat baik dan sihat untuk penghidap kencing manis kerana ESP bantu merendahkan dan menstabilkan bacaan gula dalam darah.
    7. Membantu merendahkan paras kolestrol dalam badan dan kurangkan risiko penyakit jantung.
      Kandungan ESP adalah bebas daripada kolestrol dan asid transfat, pada masa yang sama ia bantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
    8. Membantu mengurangkan risiko osteoporosis iaitu tulang rapuh.
      ESP tinggi dengan sumber kalsium yang bantu menguatkan otot dan tulang.
    9. Membantu bina dan pembentukan otot, kuku, rambut, dan organ-organ.
      Sangat bagus diambil untuk ibu hamil kerana kandungan amino asid membantu dalam pembentukan otot bayi.
    10. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
      Sangat bagus diambil untuk ibu berpantang kerana ESP membantu meningkatkan dan membanyakkan susu ibu. Susu ibu yang dihasilkan juga lebih berkualiti kerana kandungan ESP yg sihat.
    11. Membantu mengawal hormon wanita.
      ESP adalah berasaskan kacang soya yang mengandungi Isoflavon di mana ia membantu untuk memulihkan dan menstabilkan hormon wanita.
    12. Membantu meningkatkan kesuburan dan menguatkan rahim.
      Sangat bagus diambil terutama ibu hamil kerana ia bantu kuatkan rahim si ibu. Bagus juga diambil bagi yang ikhtiar untuk hamil kerana ESP bantu kuatkan otot dan rahim, membaiki sel rosak, kawal paras gula dalam darah kerana gula yang tinggi memberi risiko keguguran dan kecacatan janin, menurunkan kolestrol tinggi kerana kolestrol yang tidak terkawal menjejaskan kesuburan kerana hormon mematangkan telur tidak dapat dihasilkan. ESP juga bantu hasilkan sperma yang lebih berkualiti.
    13. Membantu mengatasi masalah gastrik.
      Bagi yang mempunyai masalah gastrik, ESP bantu beri rasa kenyang yang lebih lama dan seterusnya bantu kurangkan risiko gastrik dan masalah angin. ESP juga bantu baiki sel dinding perut yang rosak disebabkan oleh hakisan asid pada dinding perut.


Berminat untuk dapatkan Esp Shaklee boleh direct contact dengan saya Nad. Boleh klik button di bawah.



Daftar Ahli Shaklee

Bagi mendapatkan harga yang lebih murah, anda boleh daftar ahli Shaklee menggunakan link di bawah. Bagi yang ingin consume Shaklee sambil buat side income juga sangat-sangat dialukan.

  • We have a great team with personal and group coaching yang sangat supportive and informative.
  • Dapat consultation dari mereka yang berpengalaman dan terlatih dengan Shaklee.
  • Material untuk Shaklee juga boleh dapatkan terus daripada website dan telegram.
  • Dapat khidmat nasihat, panduan & bimbingan cara makan dari pakar nutrisi secara percuma.
  • Pembelian semua melalui online sahaja, pantas dan cekap
  • Pulangan income yg lumayan
  • Bonus cash setiap bulan.
  • Berpeluang sertai trip percutian & umrah percuma
  • Slip gaji laku di bank tempatan.
  • Selain dapat bonus tunai (berdasarkn kiraan UV), anda juga boleh dapat Untung Runcit bagi setiap produk yg dijual.
  • Yuran pendaftaran RM35 sahaja dan banyak lagi kelebihan yang ada.

InsyaAllah Nad akan bantu sehabis baik anda dalam bisnes Shaklee ni. Semoga dengan asbab untuk kesihatan yang lebih baik dan juga niat baik untuk cari sumber pendapatan yang halal dan terbaik, Allah permudahkan urusan anda2 semua. Aamiin.

Boleh klik link di bawah untuk pendaftaran sebagai family Shaklee 🙂


Nadeea,
Trusted Shaklee Independent Distributor,
SID registration number: 951412

012-7763989




Thursday, 9 February 2023

INTERMITTENT FASTING DIET (IF)

Diet Intermittent Fasting (IF) Untuk Kurus Dan Sihat?

Anda pernah dengar diet Intermittent Fasting (IF)? IF ni adalah salah satu diet yang terkenal di Malaysia selain Diet Kalori, Diet Atkins, Diet Keto dan Diet Suku-suku Separuh. Diet Intermittent fasting ni dapat membantu untuk turunkan berat badan dan Kini rakyat Malaysia telah mendapat kesedaran untuk menjaga kesihatan selepas melihat statistik obesiti di negara kita kian membimbangkan.







Apa Itu Intermittent Fasting (IF)?

Anda semua pasti ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa. Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan, cara diet intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila anda makan.

Diet IF anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan ini dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat

Setiap individu boleh memilih diet yang bersesuaian mengikut kondisi badan. Pemilihan diet yang betul adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan kita rasa stress bila tak mampu ikut kaedah diet yang ditetapkan.





7 Kaedah Diet Intermittent Fasting (IF) 

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh anda amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda untuk melakukannya. Anda digalakkan menggunakan kaedah yang mudah dahulu untuk melihat kemampuan badan.

1. Overnight Fasting 

                                                                                                                                            Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan. Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehariKaedah ini paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

2. Time-restricted Fasting 


Time - Restricted Fasting atau puasa pada waktu tertentu, memerlukan anda berpuasa sekitar 14-16 jam sehari. Sebagai contoh anda mula berpuasa pada pukul 5 petang dan berbuka pada pukul 7 pagi (total 14 jam). Ataupun Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 5 pagi dan berbuka pada pukul 7 malam (total 14 jam). Menariknya ini merupakan tempoh waktu berpuasa yang kebiasaannya dialami oleh masyarakat Islam pada bulan Ramadhan. Jadi, lebih mudah untuk dipraktikkan.

3. Whole Day Fasting

Ini bermaksud anda berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya. Namun tergantung kemampuan masing-masing, apakah anda mampu melaksanakannya setiap hari atau 1 kali dalam seminggu. Puasa seharian ini juga dikenali sebagai One Meal A Day Diet (diet OMAD), Warrior Diet, Eat Stop Eat Approach dan lain-lain.

4. Alternate Day Fasting


Alternate Day Fasting atau puasa selang sehari, adalah seperti namanya. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa, Khamis dan seterusnya. Pada hari yang ditetapkan berpuasa, anda hanya boleh makan dan minum dengan jumlah maksima 500-600 kalori sahaja. 


5. 5:2 Fasting


5
:2 Fasting atau puasa dengan ratio 5:2. Jika mengikut kaedah ini, anda hanya akan berpuasa berpuasa 2 hari sahaja dalam 1 minggu. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Sama seperti kaedah puasa hari berselang-seli, anda hanya boleh makan dan minum sebanyak 500-600 kalori pada hari anda berpuasa.    

6. Skipping Meal Fasting

Skipping Meals Fasting atau puasa melangkau waktu makan. Bagi teknik ini anda perlu meninggalkan beberapa waktu makan. Sebagai contoh anda tidak mengambil sarapan, namun memilih untuk makan tengah hari, kemudian tidak mengambil makan malam. Kaedah ini hanya berhasil sekiranya makanan tengah hari anda tidak melebihi kuantiti kebiasaan atau dalam kata lain elakkan binge eating.    

7. Choose -Your -Day Fasting

Dikategorikan sebagai kaedah yang paling ringan, jika anda mengamalkan Choose-Your-Day Fasting atau puasa hari pilihan sendiri, anda bebas memilih untuk berpuasa pada hari yang anda mahu. Tidak ada syarat yang khusus, anda hanya digalakkan untuk berpuasa mengikut garis panduan umum. Jumlah hari dan waktu adalah fleksibel mengikut kemampuan anda.


Manfaat Intermittent Fasting 

 

Intermittent fasting yang dilakukan dengan tepat akan memberikan beberapa manfaat bukan hanya sekadar turun berat badan je tapi pada kesihatan tubuh badan juga. Antara manfaatnya ialah :


 


Menurunkan Berat badan

Manfaat utama yang anda akan dapat dari intermittent fasting adalah mampu membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak berlebihan pada tubuh. Hal ini kerana puasa yang dilakukan intermittent fasting akan membuatkan tubuh mendapatkan kalori lebih sedikit dari biasanya. Hasilnya, tubuh akan membakar lemak menjadi tenaga sehingga berat badan pun akan menurun.

 

Menurunkan Risiko Penyakit Diabetes 

Manfaat lain dari intermittent fasting adalah dapat menurunkan risiko penyakit diabetes. Berpuasa akan membantu hormon insulin menjadi lebih sensitif terhadap kadar gula dalam darah untuk diolah menjadi tenaga. Dengan itu, kadar gula dalam darah dapat dikawal.


Menjaga Kesihatan Jantung

 

Intermittent fasting juga dapat membantu anda untuk menjaga kesihatan jantung. Berpuasa dalam waktu tertentu (selama melakukan intermittent fasting) mampu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berkumpul dalam saluran darah. Hal ini membuat jantung dapat mengepam darah secara optimal dan kesihatan tubuh pun akan terjaga.

 


Jom kita semua berubah kearah kesihatan yang baik. Mencegah lebih baik dari merawat. Amalkan gaya hidup sihat, selain menjaga pemakanan bersukan juga penting untuk tingkatkan kesihatan. Nikmat kesihatan itu besar nilainya. 





Nadeea Sairen,
Sihat Itu Nikmat.