Wednesday, 8 March 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Business Shaklee Sangat Best




Assalammualaikum, Alhamdulillah saya berada group circle shaklee yang best dan sangat supportive. Pada 19 Apri 2023 ni genap 10 tahun saya bersama Shaklee. Banyak cerita suka duka, jatuh bangun saya dalam business shaklee. Itu semua pengalaman yang sangat berharga untuk saya terus kuat bersama  shaklee. Walaupun dah 10 tahun saya masih tetap bersama dengan business shaklee. Bila bonding sesama ahli itu kuat pasti kita akan terus bertahan, selain produk yang powerfull yang banyak mengubah tahap kesihatan saya. 

9 sebab kenapa Community Bisnes Shaklee sangat best.

1. Ukhwah yang harmoni

Saya merupakan seorang yang Introvert. Tetapi bila saya duduk dalam komuniti yang sama dalam shaklee saya dapat berkenalan dengan ahli-ahli shaklee yang lain. Contohnya ketika saya join Projek Blog Mega Shaklee 1.0, saya dapat berkenalan dengan sideline dari team lain. Ukhwah yang terjalin sangat ikhlas tanpa mengira latar belakang. 

2. Mewah dengan Kelas Ilmu

Apa yang paling saya suka dalam community bisnes Shaklee ini, upline atau mentor telah menyediakan pelbagai kelas ilmu dari segi kelas marketing, sales, leadership dan kelas nutrisi. Kami tidak perlu mengharapkan kelas dari company semata. Kelas yang disediakan adalah percuma sahaja. Kita hanya perlu meluangkan masa untuk join semuan kelas yang disediakan. 


3. Saling Sokong antara satu sama lain

Walaupon kami datang dari berlainan team, tetapi kami tidak kedekut dalam berkongsi ilmu dan kami jugak saling mendoakan kejayaan sesama team. Tambahan pula kami membuat bisnes yang sama, tetapi kami saling support each other kerana kami percaya kepada konsep rezeki. 


4. Positif Circle

Saya suka berada dalam circle shaklee yang sangat positif, saling memberi nasihat dan sering memberi kata-kata semangat dengan itu dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang sentiasa bersemangat dan terus maju kehadapan. 

5. Marketing Langit / Pengisian Rohani

Community bisnes Shakle semakin seronok apabila upline atau mentor sentiasa menitik beratkan tentang ilmu akhirat (back to basic). Di mana mereka selalu menekankan kesimbangan ilmu dunia dan akhirat. Upline juga sentiasa mengingatkan tentang muamalat dalam berniaga dan saling mengingatkan tentang keberkatan rezeki. Selain itu, team kami juga akan mengadakan bacaan Yasin setiap malam Jumaat untuk menguatkan lagi ukhwah kami dalm bisnes ini.

6. Networking dari Pakar Bertauliah

Kami bukan mencari ilmu semata-mata di Google. Tapi dari pakar bertauliah seperti Nutritionist, Doktor, Saintis dan Pharmacist. Misalnya upline kami, Master Coordinator Norita Idris telah bekerjasama dengan Dr Redza dan Dr Hafiz untuk mengadakan kelas tentang kepentingan supplement. Sebagai distributors, kami sangat perlukan ilmu ini supaya lebih yakin apabila berdepan dengan customer dan juga team.

7. Tiada Jurang antara Rank

Dalam bisnes Shaklee tidak ada perbezaan atau jurang di antara setiap rank. Misalnya jika Shaklee membuat event atau aktiviti di setiap branch, semua orang dijemput hadir tidak kiralah anda di rank distributors, Supervisor sampailah Master Coordinator. 

8. Travel bersama-sama

Mesti ramai yang tahu bahawa bisnes Shaklee menawarkan bonus travel Regional dan International. Dan pastinya bila kita terpilih travel bersama Shaklee secara tidak langsng kita dapat travel bersama upline, downline dan juga sideline. Semasa travel kita tidak memilih bulu. Kerana ketika inilah kita dapat mengenal dengan lebih rapat rakan-rakan dari team lain.

9. Improve skills.

MasyaAllah! Saya tak tahu nak bersyukur macam mana lagi. Sejak join community bisnes Shaklee, saya dapat improve skills dari segi percakapan, leadership, kreativiti dalam membuat poster, bahkan dengan bisnes ini jugaklah saya mula berkenalan dengan dunia blog.

Terlalu banyak sebenarnya yang saya dapat daripada community bisnes Shaklee ini. Dan saya sangat bertuah berada di sini. Bukan mudah nak dapat komuniti business yang best macam business Shaklee ni. 

No comments:

Post a Comment