Alhamdulillah, pada bulan Februari yang lalu, saya telah menyertai satu program menulis blog iaitu Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang dianjurkan oleh upline saya, Master Coordinator Norita Idris dan moderator program Master Coordinator Salwa Zeyn.
Master-master hebat saya telah bertungkus lumus menguruskan peserta, memberi idea serta menjawab persoalan semua peserta. Master Norita telah menyumbang hadiah-hadiah menarik bernilai hampir ratusan ribu ringgit secara peribadi. Moderator Master Salwa begitu komited berkongsi ilmu untuk kami terus berjaya untuk menghasilkan blog sehingga blog kami tersenarai dalam 1st page google. Saya sangat terharu dengan effort daripada beliau yang menginginkan kami aktif menulis di blog dan memberikan manfaat serta kebaikan Shaklee kepada lebih ramai orang lagi di luar sana.
Projek Blog Mega Shaklee 1.0
Program ini blog mega ini bertujuan untuk memupuk semangat ahli setiap team untuk berkongsi cerita dan sebarkan manfaat tentang sesuatu perkara di blog. Selain itu projek blog ini dapat memupuk sikap tanggungjawab antara satu sama lain untuk saling bekerjasama. Saya sangat bersyukur dapat menyertai program ini kerana secara tidak langsung dapat memberi galakkan kepada saya untuk terus menulis dan dalam masa yang sama dapat mengaktifkan blog saya yang sendu.
Dan yang paling menarik dalam program ini, hadiah utama adalah Vivix Shaklee. Salah satu premium item di Shaklee. Hadiah kedua pula Collagen Plus Powder Shaklee dan hadiah ketiga pula adalah Nutriferon Shaklee.
Istimewanya setiap peserta program akan menerima hadiah tidak kira menang atau pun kalah. Hadiah akan diberikan berdasarkan kategori. Bertuahnya dapat upline yang sangat pemurah.
Menang Hadiah Exclusive Special Prize
Alhamdulillah, syukur sangat saya dapat menang hadiah exclusive prize. Saya sebenarnya tak sangka boleh dapat hadiah dalam projek Blog Mega Shaklee. Bila dah dapat hadiah ni, semangat untuk menulis terus membara. Upline Master sentiasa beri penghargaan pada ahli-ahli yang sentiasa memberikan komitmen dalam projek blog mega ni.
Task Projek Blog Mega Shaklee 1.0
Pada projek blog mega shaklee 1.0 kami telah diberi tugasan untuk menulis tentang Intermittent Fasting (IF) dan cara untuk kurus dan sihat dengan Set Kurus Shaklee yang popular iaitu Set Hello New You. Gabungan IF dan set Hello New You ini memang sangat membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih berkesan. Jangan tak percaya ramai yang telah berjaya kurus dengan gabungan IF dan Set Hello New You ni.
Ini adalah salah satu contoh Master yang mengamalkan IF dan menggunakan Set Hello New You Shaklee. Sihat dapat, kurus pun dapat, Alhamdulillah.
Semangat Baru
Alhamdulillah, dengan projek Blog Mega Shaklee 1.0 seolah-olah beri nafas baru kepada saya untuk menulis dengan lebih baik di blog. Mana taknya dalam projek Blog Mega Shaklee ni, semua peserta dapat belajar tentang cara menulis dengan teknik yang mahal tanpa bayaran sedikit pun oleh Master Salwa. Jika saya mengambil kelas berbayar di luar, kelas ini mencecah ratusan atau ribuan ringgit tetapi saya mendapatnya secara percuma. Beruntung sungguh saya dapat berada dalam keluarga Shaklee kami ini. Sebab itulah saya sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta projek Blog Mega Shaklee 2.0 pula.

No comments:
Post a Comment